Program NADI x Life Long Learning – Tiny Techies Siri 2
16 Mei 2026 | Aktiviti Terkini16 Mei 2025 – Program Tiny Techies bagi sesi Mei 2026 telah berlangsung di bawah inisiatif pembelajaran teknologi sepanjang hayat untuk semua peringkat umur. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal terhadap dunia teknologi, inovasi dan pengaturcaraan secara interaktif serta menyeronokkan.
Antara pengisian utama yang dijalankan ialah:
Robotic Innovation Siri 2
Peserta diperkenalkan kepada asas robotik dan inovasi melalui aktiviti projek hands-on menggunakan komponen elektronik. Sesi ini memberi peluang kepada peserta memahami konsep teknologi secara praktikal dan kreatif dalam suasana pembelajaran yang interaktif.
Python in Animation Siri 2
Peserta turut mempelajari asas pengaturcaraan Python dengan menghasilkan animasi yang menarik dan interaktif. Pendekatan pembelajaran yang santai dan mudah difahami membantu peserta mengenali dunia coding dengan lebih menyeronokkan
Program ini diharapkan dapat memupuk minat masyarakat terhadap teknologi digital serta meningkatkan kemahiran pembelajaran masa hadapan selaras dengan aspirasi pembelajaran sepanjang hayat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: